Forum Smk Sandakan

Forum ini merupakan ruang komunikasi khusus untuk semua warga SMK Sandakan.
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
.::SELAMAT DATANG KE FORUM SMK SANDAKAN ::. .:: PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG ::.

Share | 
 

 Terma Dan Undang-Undang Forum Smk Sandakan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
24/7 intelligent system
24/7 intelligent system
avatar

Posts : 4
Join date : 2009-08-20

PostSubject: Terma Dan Undang-Undang Forum Smk Sandakan   Thu Aug 20, 2009 12:27 pm

Pihak pentadbiran dan moderator forum ini akan cuba sedaya upaya dan secepat mungkin untuk mengubah atau edit bahan-bahan yang secara umumnya dianggap tidak sesuai, namun adalah sesuatu yang mustahil untuk membaca dan menilai setiap posting yang diletakkan di forum ini. Sehubungan itu, anda mestilah mengakui bahawa setiap posting di forum ini adalah pendapat dan pandangan penulis itu sendiri dan bukannya pihak pentadbir, moderator atau webmaster (melainkan yang ditulis oleh mereka sendiri) dan sekaligus mereka tidak bertangungjawab ke atas isi kandungan posting tersebut.

Anda bersetuju untuk tidak meletakkan posting yang mempunyai unsur-unsur penghinaan, lucah, biadap, fitnah, benci, ancaman, seksual atau apa sahaja bahan yang melanggar undang-undang, di forum ini. Jika anda melakukannya juga, ia boleh mengakibatkan keahlian anda di forum ini ditamatkan serta merta dan anda akan dilarang daripada menyertainya selama-lamanya (dan syarikat penyedia perkhidmatan akan dimaklumkan mengenai kesalahan ini). Alamat IP anda akan direkodkan untuk membantu penguatkuasaan peraturan ini.

Anda bersetuju bahawa webmaster, pentadbir dan moderator forum ini mempunyai hak sepenuhnya utuk edit, pindah atau tutup mana-mana topik atau posting pada bila-bila masa. Sebagai ahli forum, anda bersetuju apa sahaja maklumat yang anda berikan, akan diletakkan di suatu pengkalan data. Webmaster, pendtadbir dan moderator tidak akan memberi maklumat ini kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran anda, tapi tidak akan bertanggungjawab ke atasnya jika berlaku pencerobohan data yang menyebabkan maklumat ini bocor.

Forum ini menggunakan sistem cookies untuk menyimpan maklumat di komputer anda. Cookies ini tidak mengandungi sebarang maklumat yang anda masukkan, tapi hanya bertindak memudahkan anda melayari forum ini. Alamat e-mel pula digunakan hanya digunakan untuk mengesahkan butir-butir pendaftaran dan juga kata laluan (dan untuk menghantar anda kata laluan itu jika anda terlupa).

Dengan menyertai forum ini, anda bersetuju untuk memathui syarat-syarat ini.

Peraturan dan undang-undang FORUM SMK SANDAKAN

Dengan memasuki, melihat dan/atau menggunakan laman web dan sumber-sumber yang terletak di http://portalsmks.forumotion.com dan juga subdomainnya (selepas ini dipanggil "Laman Web", dan diuruskan sepasukan Moderator (selepas ini dipanggil, "Kami", or "Kita", mengikut kesesuaian) pengguna laman web ini dan mana-mana individual atau entiti yang bertindak bagi pihak pengguna yang memasuki atau menggunakan Laman Web ini (selepas ini dipanggil sebagai “Forumer”) bersetuju untuk mematuhi Terma-terma dan Syarat-syarat dan juga Polisi Kerahsiaan kami. Penggunaan anda yang berterusan di Laman Web ini selepas sebarang perubahan ke atas terma dan syarat bermakna anda menerima perubahan berkenaan. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat, jangan guna atau memasuki laman web ini.


01. Sopan santun dan berhemah
Forumer mestilah bersopan santun dan berhemah ketika membuat posting di dalam forum. Sebarang tindakan tidak sopan, penghinaan ataupun serangan peribadi ke atas forumer lain dan/atau secara umumnya cuba untuk melakukan kekecohan dilarang sama sekali. Bersikap baik kepada forumer yang masih baru kerana mereka mungkin tidak tahu perjalanan umum forum ini. Forumer yang melakukan kesalahan ini berulang kali akan ditamatkan keahliannya di forum ini dan dilarang sama sekali menyertainya lagi.

03. Posting “Off-Topic (OT)”
Posting yang berbentuk OT hanya dibenarkan di seksyen Sembang Santai. Posting OT akan dipadamkan atau dipindahkan tanpa pengeluaran sebarang notis jika ia diletakkan di seksyen-seksyen lain di forum ini.
NOTA: posting atau topik yang menjurus, berbaur atau membincangkan mengenai:
- agama
- politik
- perkauman
- provokasi
- porno

akan dipindahkan atau dipadamkan.

04. Spam
Kami tidak akan bertolak ansur ke atas posting yang sama dihantar berulang kali. Sebarang posting sebegitu akan digabungkan atau dipadamkan. Tindakan tegas akan diambil sekiranya kesalahan ini dilakukan berulang kali.

05. Serangan Peribadi
Kami tidak akan bertolak ansur dengan posting yang bersifat fitnah dan serangan peribadi. Sila rujuk Undang-undang #1. Tindakan tegas akan diambil sekiranya kesalahan ini dilakukan berulang kali.

06. Batu Api
Kami tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa saja yang cuba menganggu forumer lain dengan membuat posting yang berpotensi mengapi-apikan isu. Jangan sertai perbincangan yang semata-mata untuk mengkritik atau menghina pilihan peralatan former. Tindakan tegas akan diambil sekiranya kesalahan ini dilakukan berulang kali.

07. Gangguan
Gangguan ke atas former lain melalui Private Message, posting, e-mel atau sebarang cara lain akan menyebabkan pengusiran serta merta dari forum ini dan jika ia serius, kami akan membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

08. Iklan Komersial
Sekiranya anda ingin melakukan iklan di forum ini, sila hubungi kami. Kami akan benarkan iklan yang memberi faedah kepada ahli-ahli forum ini.

09. Cetak Rompak
Kami tidak membenarkan sebarang posting mengenai nombor siri, cracks, warez links atau apa sahaja yang berkaitan dengan perisian cetak rompak. Tindakan tegas akan diambil sekiranya kesalahan ini dilakukan berulang kali.

10. Ketepatan maklumat
Kami tidak menyokong atau menjamin ketepatan sebarang posting, sama ada posting itu dibuat oleh former ataupun selebriti atau tetamu “pakar”, ataupun mana-mana webmaster, pentadbir atau moderator. Penilaian anda sendiri adalah yang terbaik kerana amat mudah untuk seseorang mengakui dirinya sebagai pakar walaupun dia tidak mempunyai sebarang kepakaran pun.

11. Perakuan perundangan-undang
Setiap posting di forum ini adalah diakui, dimiliki dan merupakan pendapat penulis posting itu sendiri. Pemilik, pentadbir dan moderator http://portalsmks.forumotion.com tidak bertanggungjawab dari segi perundangan ke atas sebarang posting tersebut.

Setiap forumer bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis di dalam posting di http://portalsmks.forumotion.com – anda sahaja yang bertanggungjawab ke atas apa yang anda tulis di dalam posting. Anda setuju untuk tidak melakukan posting berunsurkan fitnah, salahguna, lucah, ugutan ataupun bahan-bahan menyalahi undang-undang, atau apa sahaja yang bahan yang boleh mengganggu forumer lain atau menidakkan hak mereka. Anda bersetuju untuk mematuhi polisi-polisi laman web ini dan juga garis panduan berhubung dengan saiz, panjang, format, subjek, isi dan juga perkara-perkara yang berkaitan dan bahan yang anda hantar di sini.

Walaupun kami tidak dapat mengawasi kesemua posting di forum ini, kami mempunyai hak mutlak (namun bukanlah suatu kewajipan) untuk memadam, memindah atau mengubah mana-mana posting yang didapati tidak sesuai ataupun tidak boleh diterima, atau apa sahaja sebab yang kami tidak perlu nyatakan. Kami akan mematuhi segala undang-undang berkenaan perkongsian maklumat di forum ini kepada pihak-pihak berwajib.

12. Akses
Kami mempunyai hak untuk menghalang sesiapa daripada akses forum ini yang kami percaya melanggar terma perjanjian ini, atau sesiapa sahaja atas sebarang sebab, yang kami tidak perlu nyatakan di sini.

13. Tanggung Rugi
Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan membebaskan http://portalsmks.forumotion.com, webmaster, pentadbir, moderator, smk sandakan,Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan daripada sebarang tuntutan undang-undang atau sebarang kos dan yuran undang-undang oleh mana-mana pihak ketiga akibat penggunaan anda di laman web ini atau perlanggaran peraturan-peraturan dan syarat-syaratnya.

Jika anda melakukan posting di http://portalsmks.forumotion.com, dan anda mungkin menyebabkan pihak ketiga membuat kenyataan-kenyataan berkenaan anda yang mungkin berbaur fitnah atau menyinggung perasaan anda, walaupun posting anda tidak mengandungi sebarang mesej yang menyalahi peraturan-peraturan forum, anda bersetuju untuk tidak respon, malah sebaliknya membawanya kepada perhatian webmaster, pentadbir dan moderator forum. Dengan melakukan posting di http://portalsmks.forumotion.com, anda bersetuju untuk membebaskan http://portalsmks.forumotion.com, webmaster, pentadbir dan moderator, syarikat-syarikat berkaitan daripada sebarang tuntutan dan juga tindakan undang-undang akibat kenyataan dan juga bahan berkenaan dengan anda yang diletak oleh pihak-pihak ketiga, termasuk webmaster, pentadbir dan moderator, termasuk sukarelawan-sukarelawan lain, dengan syarat anda diberi peluang untuk menjawab atau memberi penjelasan. Sekiranya anda tidak dapat untuk memberi respon kerana disekat daripada menyertai laman web ini, sekiranya diminta, anda akan dibenarkan untuk akses sementara ke laman web ini, untuk tempoh bersesuaian, untuk memberi respon.

“DISCLAIMER”

Kami bekerja keras untuk menjadikan http://portalsmks.forumotion.com suatu laman web yang menarik dan menyeronokkan, tapi kami tidak dapat menjamin bahawa semua pengguna akan menyukai semua yang ada di laman web ini. Sila baca disclaimer ini dengan teliti sebelum mengguna laman web ini.

ANDA BERSETUJU BAHAWA ANDA MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI DENGAN RISIKO YANG ANDA TANGGUNG SENDIRI. OLEH KERANA ADA BANYAK SUMBER MAKLUMAT YANG TERDAPAT DI LAMAN WEB INI, DAN JUGA PELBAGAI ISU DAN KETIDAKTENTUAN PENGEDARAN ELEKTRONIK, ADA KEMUNGKINAN AKAN BERLAKU KEMUNGKINAN KELEWATAN, MAKLUMAT TERPADAM, KETIDAKTEPATAN, ATAU MASALAH-MASALAH LAIN YANG BERKAITAN. SEKIRANYA ANDA BERGANTUNG KEPADA MAKLUMAT ATAU SEBARANG MATERIAL YANG TERDAPAT DI LAMAN WEB INI, ANDA MELAKUKANNYA DENGAN RISIKO SENDIRI. ANDA MEMAHAMI BAHAWA ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA JIKA BERLAKU KEROSAKAN KE ATAS SISTEM KOMPUTER ANDA ATAU KEHILANGAN DATA DIAKIBATKAN OLEH MATERIAL ATAU DATA YANG DIMUAT TURUN DARI LAMAN WEB INI ATAU LAMAN WEB LAIN YANG ALAMATNYA DIPEROLEHI DARIPADA LAMAN WEB INI.

LAMAN WEB INI DISEDIAKAN UNTUK ANDA *AS IS,* *WITH ALL FAULTS,* DAN *AS AVAILABLE*. http://portalsmks.forumotion.com DAN SEKUTUNYA, EJEN DAN PENYEDIA LESEN TIDAK MENJAMIN MAKLUMAT DI LAMAN WEB INI ADALAH TEPAT, LENGKAP, TERKINI, TIDAK MELANGGAR HAK DAN UNDANG-UNDANG, ATAU SESUAI DENGAN TUJUAN TERTENTU. MEREKA JUGA TIDAK MENJAMIN LAMAN WEB INI BEBAS DARIPADA KESILAPAN ATAU SENTIASA ADA, ATAU LAMAN WEB INI BEBAS DARIPADA VIRUS ATAUPUN KOMPONEN-KOMPONEN YANG BERBAHAYA.



PADA BILA-BILA MASA, http://portalsmks.forumotion.com DAN SEKUTUNYA, EJEN DAN PENYEDIA LESEN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA SESIAPA SAHAJA KE ATAS SEBARANG KEROSAKAN AKIBAT PENGGUNAAN LAMAN WEB INI, TERMASUK, TANPA HAD, TANGGUNGJAWAB KE ATAS KESAN-KESAN AKIBAT, KHUSUS, UMUM, KEBETULAN, SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, WALAUPUN KAMI TELAH DINASIHATI SEBELUMNYA MENGENAI KEMUNGKINAN BERLAKU KEROSAKAN SEDEMIKIAN. (OLEH KERANA SESETENGAH UNDANG-UNDANG NEGERI DAN NEGARA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN PENUH KE ATAS SESETENGAH KATEGORI KEROSAKAN, http://portalsmks.forumotion.com DAN SEKUTUNYA, EJEN DAN PENYEDIA LESEN, DENGAN AKAN DIBERI PENGECUALIAN MAKSIMA SEBAGAIMANA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERSEBUT).
Back to top Go down
View user profile http://portalsmks.forumotion.com
 
Terma Dan Undang-Undang Forum Smk Sandakan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» The Code of Conduct for the forum
» British Foreign Office:Timeline-Madeleine McCann Case (Copied From Jill Havern's Forum-Forumotion)
» How Long Has Shout Around The World Been A Forum?
» British and Commonwealth Military Badge Forum
» Tony Bennett gives his advice to admin and this forum.... lol !

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Smk Sandakan :: Papan Kenyataan :: Undang-Undang Forum [ Wajib Baca]-
Jump to: